Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 14 Disember 2010

Apakah Islam di Brunai tidak sama dengan Islam di Malaysia?


Laporan dari akhbar menyebutkan bahawa Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Apa yang dijawab oleh Menteri berkenaan adalah ketakutan kepada laknat Allah.

"..andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan. Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini." Lapor berita-harian-online yang memetik dari AP

Kita di Malaysia memberikan undi dan kepercayaan kepada UMNO yang dengan undi yang diterima umno tanpa segan silu secara terang-terang meluluskan lesen judi dan arak. Apakah kita sebagai orang Islam yang mengaku beriman tidak takut kepada laknat Allah sepertimana yang ditakuti oleh Menteri Hal Ehwal Agama Brunei ?

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?


Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.


Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.


Wallahualam.

Words of love...

Love you a little bit more

I love you a little bit more when you call me honeyI love you a little bit more when you hold my handI love you a little bit more when you hug me.

I love you a little bit more. Every day.




If

 If I never met you, I wouldn't like you.
If I didn't like you I wouldn't love you.
If I didn't love you I wouldn't miss you.
But I did, I do and I always will




---
If loving you is wrong, then I don't want to be right!




---
If loving you is a crime. I'd like to be jailed for my whole life, in your heart.






---
I love you. Like a fat kid loves cakes.




---

If you have 1000 years of age, I just want to have 999 years and 364 days, so I never have to live a day without you



I love thee
I Love thee, I love but thee. With a love that shall not die. Till the sun grows cold, and the stars grow old.
~William Shakespeare




Wouldn't be
The sun wouldn't be Red, the sea wouldn't be blue, the stars wouldn't be bright, I wouldn't be happy without you.




When I don't message you
When I don't message you.
Doesn't mean.
I forgot about you.
I was just giving you time.

To miss me.



----

My love for you is a journey. Starting at forever and ending at never.




---
My love is as boundless as the sea,
My love as deep.
The more I give to thee, the more I have. For both are infinite.
~ William Shakespare



Days without you

Without you my days are "Sadday,"Moanday, "Tearsday, "Wasteday, "Thirstday, "Fightday", and "Shatterday"




How Rich I Am
I opened my wallet and I find it empty, reached into my pocket and found a few coins, searched my heart and I found you!

Then I realized how rich I am.



Time to Time
365Days dreaming of you.
8760Hr thinking of you.
525600Mins missing you.
315360000Milisec just wanted to tell you how much you mean to me.



Fell from Heaven

Dear, did it hurt when you fell from Heaven? I think, I need to call God because He have lost His most beautiful Angel.




Behind you
Behind your smile, I know there are sorrows.
Behind your laughters, I know there are tears.
But I want you to know that, behind you is me who always care for you.




Only one you
There are 12 Months in a year.
4 weeks in a month.
7 days in a week.
24 Hrs in a day.
But there's only one you in a life time.



The sweetest
Sweet-Cotton candy? Nope!
Chocolate syrup? Nah!
Let me see.. How about sugar? Of course not!
There is nothing as sweet as you