Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 13 Disember 2010

Salam pengenalan kepada semua rakyat Malaysia dan umat Islam...

Beberapa hari ini, sebuah iklan yang menyiarkan perihal doa telah disiarkan di kaca televisyen kita. Di dalam iklan tersebut memaparkan kanak-kanak pelbagai kaum yang membaca doa beramai-ramai memohon kesejahteraan kemerdekaan negara.
Iklan yang berjudul Doa Merdeka Daripada Syarikat Champs itu dilihat memang berniat murni. Kaedah doa yang digunakan itu sedikit sebanyak mengajak rakyat Malaysia bersyukur di atas nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi selama 50 tahun.
Namun, apa yang ingin dibangkitkan di sini ialah, matlamat tidak menghalalkan cara. Membaca doa secara beramai-ramai yang menyaksikan percampuran agama adalah satu simbolik bagi menyatakan syirik terhadap Allah swt. Sebagai seorang penganut agama Islam, perkara seperti ini adalah bercanggahan dengan kaedah sebenar dalam berdoa.--(http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=627)--

Merujuk iklan tersebut, memaparkan seorang kanak-kanak lelaki Islam memulakan bacaan doa dengan berbahasa melayu ‘Ya Tuhanku’... (versi Melayu) Kemudian disambung oleh beberapa kanak-kanak lain dengan menggunakan bahasa berlainan iaitu tamil, inggeris dan mandarin. Persoalan pertama adalah: Siapa Tuhan itu? Jika kesemua yang membaca doa itu adalah kanak-kanak Islam, maka kita boleh mengatakan bahawa tuhan itu Allah. Namun, apa yang dipaparkan adalah satu percampuran agama di dalam satu doa!
Perkara ini adalah amat bertentangan dan seharusnya syarikat Champs peka dengan sensitiviti perihal agama. Perkara yang berkaitan agama amat sensitif dan seharusnya ia dilarang daripada dibuat komersial termasuk di dalam iklan, papan tanda, atau sebagainya.
Percampuran doa ini juga seolah-olah menggambarkan bahawa kesemua kanak-kanak itu berada di bawah satu tuhan walaupun berlainan bangsa dan agama. Apa yang ditekankan di iklan tersebut adalah perbezaan bangsa sahaja.
Jika diperhatikan susunan doa itu, selepas kanak-kanak melayu selesai membaca, disusuli satu ayat yang dibaca oleh kanak-kanak cina. (juga yang versi melayu) Dalam ayat tersebut, terdapat perkataan ‘pada-Mu’. Huruf M yang dibesarkan itu sudah tentu simbol kepada tuhan yang Maha Esa. Ia biasa digunakan dalam ayat seharian dan kitab-kitab bagi mewakili Allah. Namun, jika yang membaca itu kanak-kanak cina, bagaimana pula dengan agama kanak-kanak itu pula?



Persoalan seterusnya, adalah amat tidak sopan seorang kanak-kanak melayu Islam yang berdoa dalam keadaan tidak menutup aurat. Perkara ini secara tidak langsung telah menghina status doa yang dibaca oleh seorang kanak-kanak perempuan yang tidak menutup aurat. Menutup aurat adalah wajib bagi umat Islam. Sekiranya perkara ini diremehkan dalam iklan komersial tersebut, maka ia telah menjatuhkan kredibiliti agama Islam di Malaysia.
Apa yang harus dilakukan sekarang ialah, pihak Kementerian yang berwajib menjaga perihal iklan dan televisyen harus memberi teguran tegas kepada syarikat Champs kerana iklan doa merdeka tersebut seolah-olah mempersendakan Islam dan agama lain. Apa salahnya kalau tidak dilabelkan ucapan-ucapan itu sebagai doa. Jika telah dilabelkan ucapan-ucapan itu sebagai doa, ia amat berkait rapat dengan agama dan tuhan. Ini bukan perkara main-main. Pihak kerajaan harus bertindak segera bagi menjaga kesucian agama dan menjaga perihal agama masing-masing.



Kepada Perdana Menteri Malaysia, dengan kuasa yang ada, boleh mengharamkan penyiaran iklan tersebut atau jika mahu siarkan juga, dengan melakukan sedikit perubahan. Cadangan perubahan tersebut adalah dengan membuang ‘status’ iklan tersebut yang asalnya bernama Doa Merdeka kepada Harapan Merdeka dan kenyataan itu nanti tidak ditujukan kepada tuhan tetapi hanya ditujukan kepada umum. Cadangan lain jika mahu kekalkan status doa adalah dengan memaparkan kesemuanya kanak-kanak beragama Islam.
Seterusnya, kepada syarikat yang bertanggungjawab iaitu Champs. Disarankan agarmenarik balik penyiaran iklan tersebut bagi menjaga sensitiviti agama yang dianuti oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Sebagai seorang umat Islam, amatlah diharapkan agar perkara-perkara seperti ini tidak dipandang enteng oleh semua pihak. Hal agama adalah urusan penganut masing-masing dan jangan ada percampuran yang melibatkan agama-agama. Semoga perkara ini mendapat tindakan sewajarnya oleh pihak yang dirasakan bertanggungjawab bagimengelakkan kita syirik dalam keadaan tidak sengaja walaupun sedang berdoa!



TAKBIR!!!...Allahuakbar.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan